Sedap Ke Zus Thunder?
Double shots of fresh espresso as a standard shot with honey and lemon and a splash of non-flavoured soda water. Inilah dia minuman yang diberi nama Thunder oleh Zus Coffee. Kedai kopi yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat Malaysia. Persoalannya, sedap ke Zus Thunder ini sehingga menjadi salah satu minuman yang laku keras di Zus?
Sebenarnya, dah cuba air ni 1 Jun haritu lagi tapi dapat idea nak kongsi macam mana rasa dia di sini sebab ada tengok banyak video reaksi yang menunjukkan mereka kurang gemar dengan minuman Thunder ini. Atas sebab rasa yang pelik.
Dengan rasa yang teruja. Air tu saya kacau bagi sebati segala campuran yang ada didalamnya dengan penyedut minuman mesra alam yang diberikan. Sedutan pertama. Wow!!! Tidaklah teruk mana rasanya. Rasa soda yang bergas dicampur dengan rasa lemon yang agak kelat dan sedikit pahit walaubagaimanapun masih terasa manis lemon dihujungnya. Kopi yang dibrew pada hari tersebut terasa sedikit masam yang memberikan lebih 'Kick' kepada minuman Thunder tersebut. Sedutan kedua, manis dari madu dan soda yang bercampur kopi seperti minuman dari F&N, Sparkling Espresso ada sedikit menyamai tapi tidak sehingga 50%. Dari sini dapatlah disimpulkan kenapa diberi nama Thunder atau ditafsirkan ke Bahasa Melayu bermaksud Guruh. Ini kerana, setiap hirupan dan sedutan akan memberi satu kejutan yang menghidupkan suis fungsi minda anda yang mungkin lesu pada hari tersebut.
Pendapat saya, Zus Thunder ni lebih elok diminum dikala masih sejuk kerana anda pasti tidak akan mampu menerima rasanya yang lebih pelik di lidah dari ketikanya sejuk.
Penafian: Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja berkenaan minuman Zus Thunder ini. Mungkin di lidah orang lain tidak sama seperti mana yang saya rasa.
Comments
Post a Comment