Coca Cola Marshmello's Rasa Macam Flavour Vape Strawberry
24 Ogos yang lalu adalah hari di mana aku dipertemukan dengan Coca Cola Marshmello Limited Edition di premis Select Shell Cyberjaya. Harga, RM 3.50. Rasa teruja jugalah sebab aku sangkakan aku sudah tidak ada lagi kesempatan untuk mencuba bagaimanakah rasa minuman tersebut kerana ketika aku ke 7-Eleven, yang ada hanyalah Coca Cola Starshine.
Adakah berbaloi untuk menghabiskan nilai wang sebanyak itu untuk setin minuman gas yang semestinya tidak baik untuk kesihatan ini?
Dari segi bau yang dihasilkan, berbaloi untuk membelinya. Dari segi rasa, hampir tiada beza dengan Coke Zero jika yang minum tersebut tidak mengamati rasa yang dihasilkan oleh minuman ini. Coca Cola Marshmello ini sungguh mengingatkan aku dengan satu flavour vape yang agak premium berperisa strawberry dipenghujung lidah (after-taste). Walaupun aku telah 2 tahun berhenti dari menyentuh vape, memori rasa tersebut masih kekal di ingatanku.
My Rating: 5/10 (Rasa Minuman)
10/10 (Design Grafik)
8/10 (Bau Minuman)
Penafian: Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja berkenaan minuman-minuman tersebut. Mungkin di lidah orang lain tidak sama seperti mana yang saya rasa.
Comments
Post a Comment