Coca Cola Rasa Asam Boi


Rasa Coca Cola dengan penggunaan gula tanpa kalori ini memberikan sensasi rasa seakan minuman asam boi. Merujuk kepada isi kandungannya, tiada asam boi yang tersenarai tetapi hanya pati lobak merah dan pati buah blackcurrant bersama asas resepi Coca Cola yang dicampur bersama dalam siri Coca Cola Creation. Berkemungkinan campuran kedua pati tersebut memberikan hasil rasa seakan asam boi pada minuman yang dipanggil Starshine ini. Sememangnya Sunshine.

Dengan harga RM 3.50, dapatlah anda menikmati Coca Cola Starshine Edisi Terhad yang hanya dijual di premis 7-Eleven berdekatan dengan anda. Dapatkan segera selagi stok masih ada. Dah habis nanti jadi barang collector macam Coca Cola Marshmallow edition. Mahal mat! Kat Shopee.

Apa-apapun, kawal pengambilan minuman ini. Satu tin sudah cukup. Cegah penyakit lebih baik dari mengubati. Salam santai.

My Rating: 7/10 (Rasa Minuman)
           7/10 (Design Grafik) 
           7/10 (Bau Minuman)




Penafian: Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja berkenaan minuman-minuman tersebut. Mungkin di lidah orang lain tidak sama seperti mana yang saya rasa.

Comments

Popular Post